Friday, April 10, 2009

Zaman sekolah engku junior

Engku baru ada kesempatan create blog sendiri. Tu pun setelah diasak berkali-kali oleh bloggers lain. Tp, memg syok ada blog sendiri ni. Takde le dok baca kat blog orang je. Since last week, engku rasa teruja sgt...sebab dapt keep in touch smula dgn kwn-kwn lama yg dah 23 tahun lost contct. Minggu ni juga engku join facebook ex-sms muar 83-87. Dpt contct lagi ramai member lama.pergh....dasat-dasat keje deme. Ada Yg jadi doktor pakar sedut-sedut lemak, doktor biasa, IT analyst, pensyarah yg bergelar dr, bos syarikat sini dan sana. Terasa kerdil la pulak. Tp bila pikir2 balik, kalau takde profesion mcm profesion engku ni, takkan ada peguam, doktor, dan lain-lain tu. Ye tak? Bila engku tgk gmbr2 lama kat fb tu, teringat cikgu-cikgu engku kat sms muar dulu. Thnx alot cikgu Zaini (form teacher ms form 1 or 2 merangkap cg sains), cg Noraffendy (ajar maths)- cg yang paling engku suka sekali. Cg Malack(geografi) -cg yang pertama beli kereta proton saga masa mula2 m'sia kuarkan kete buatan sendiri- masa mula2 dia drive kete proton dia warna biru tu, semua kami dok bersidai kat koridor kelas...dalam hati berkata..."oh..ini le rupenye kete buatan malaysia", Miss Ng (eng), Cg. On (Sejarah)-nama mcm nasionalis negara kita,sesuai sgt la ajar sejarah. Cg Ali (Pj dan BM)-cikgu ni selalu gaduh dgn engku pasal perkataan 'karipap' dan 'epok-epok', cg Osman dan Norliya (Fizik), Cg.Fauziah(biologi merangkap warden), cg. Hasnan (Add Maths), Cg.Radiah (Geog form 4 n 5- dulu geog subject wajib wpun sc stream), Cg. Zamani (ketua warden). Sebut pasal cg zamani ni, engku ada kisah yang tak dapt engku lupe smp skrg. Nanti la engku cite. Engku ucapkan terima kasih byk2 kpd semua cg2 engku d sms muar. Tentu semua dah pencen dan berehat di rumah smbl bermain dengan cucu masing-masing.

4 comments:

  1. Welcome to the world of bloggers.... Yeee haaah!!
    Rajin-rajinle kongsi cerita ye.

    ReplyDelete
  2. Yuppp!! ade cite blh kongsi, ade cite tak leh kongsi...esp cite2 mlm jumt. Kih! kih! kih!

    ReplyDelete
  3. teruskan memblog.

    semua cikgu-cikgu ni sangat biasa bunyinya dalam hidup suatu masa dahulu hu hu hu

    ReplyDelete
  4. Tahniah...blog cantik...apatah lagi ada kasut tumit tinggi...kegemaran engku kan! Tapi nak cadangkan sikit...tulisan putih, background merah agak sakit mata awak yang dah tua ni. Ubah suai sikit boleh tak...Pas tu, perengan-perenggan kan juga ye.. Jgn kecik hati...maaf.

    ReplyDelete