Tuesday, August 3, 2010

APC....



Semalam berlangsung majlis anugerah Perkhidmatan cemerlang 2009 bg daerah Kuala Kangsar di dewan Hargraves, MCKK.....terdapat seramai 112 penerima lelaki dan 172 penerima perempuan...majlis berlangsung dalam suasana sederhana...alhamdulillah engku bersyukur krn termasuk dalam senarai....tp apa yg engku terkilan ada mulut2 yg mempertikaikannya krn ini kali kedua engku mendapat anugerah ini sedangkan ramai lagi yg belum dapat.......persoalannya...kl perkhidmatan yg diberi tak cemerlang...patut ke diberi anugerah semata2 utk memenuhi pusingan?? dan yg paling utama... Lupekah mereka....semua ini rezki daripada Allah SWT...
tepuk dada tanya minda...
Engku: sentiasa bersyukur dan akan trus memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anak2 didik engku....adios...

Sunday, August 1, 2010

Aku Datang Lagi...Tekad baru...

Salam,
dah setahun lebih engku membiarkan blog engku sepi tanpa dijenguk2....tak bernafsu nak menulis walaupun byk yg nak dikongsi bersama...engku lbh suka membaca blog org...hari ni di pusat servis Honda, engku tergerak hati nak membaca blog rakan....ummuaimi...hehe...dan tiba2 seorang rakan yang sgt baik dgn engku yg berada bersama dgn engku di pusat servis honda tu beria2 nak membuka dan membaca blog engku,,,engku keberatan sebab malu...dah lama tak update...rupanye hal itu menyebabkan rakan baik engku merajuk panjang....rajuknye itu memberi semangat kepada engku untuk menulis dan update semula blog engku....tunggu ye....engku bertekad yang engku akan rajin menulis dan menjenguk blog engku ini....hmmm...adios....

Tuesday, June 2, 2009

SEJENAK TERINGAT PADA ARWAH HAIZAL...

Just came back frm Pulau Pangkor. Penat gak but not bad. stay kat puteri bayu resort. letaknya kat tepi pantai pasir bogak. Pantai yang nyaman walaupun cuaca panas terik. ombak agak kuat dan air nampak dalam. Bila tengok keadaan air yang dalam,engku teringat macamana arwah Haizal, PAr kat sek engku yang lemas kat pangkor ketika mandi bersama keluarga. teringat kejadian tu...engku terus mengerah anak2 engku naik ke pantai dan main pasir aje. Diaorang pun terkejut dan heran...tadi dah bagi green light mandi, tiba2 bagi main pasir je. Macam2 alasan engku bagi...sebenarnye engku dah ngeri tengok air laut yang menghempas pantai...nampak tenang tapi menakutkan...
walapun engku orang PD yang kecik2 dulu dok main dengan air laut,tapi laut kat Pangkor memg dalam. pantainya boleh la dikatakan bersih..sesuai untuk pelancong.
Semoga arwah haizal di tempatkan di kalngan orang2 yang beriman. amin

Tuesday, May 19, 2009

CERITE SAMBUTAN HARI GURU 2009

HARI GURU TIBA LAGI..sambutan hari guru peringkat sekolah..... engku ditugaskan bahagian hadiah lagi...atas tiket PERTINA. Sebenarnya engku dah jemu dgn keje ni tapi bila memikirkan kawan2 yang nak diraikan, engku jadi sejuk dan redha. Apatah lagi, hubby amat memahami dan bagi full support. mgkn sb dulu dia jg pnh jadi cikgu. Sabtu lalu kami sekeluarga berangkat ke Cameron utk beli bunga. Bila tgk bunga2 kat CH ni...seronok sgt. Rasa nak beli semua dan bagi pada kawan2 kat sek. The kids pun sbuk gak nak bunga untuk cikgu2 kat sek depa. Engku mengira2,sempat ke nak urus hadiah2 ni...?? 4 malam berturut engku tdr jam 3 pagi. fenin! Fenin! akhirnya siap gak...itu pun setelah anak2 menghulurkan bantuan (Of course ada sikit bagi rasuah) and hubby memg....engku tabikkkk. 4 mlm berturt engku 'kurang memberi perhatian' pada dia...alih2 dah berdengkur je..sian...dan bila tgk pinggan berlambk kat sinki,dgn rela hati tanpa disuruh,dia g cuci.
Kembali pada cite sambutan hari guru...pagi itu cuaca mendung. MACAM NAK HUJAN JE...hari itu kami digalakkan memakai baju bewarna kuning. agaknye nak membangkitkan semangat Clifford kot. mujur le engku ada baju kaler kuning walaupun engku tak berapa nak minat sgt kaler tu..
engku dgn kawan yg ditugaskan bahagian hadiah siap mengagih2kan hadiah pada pelajar untuk disampaikan pada guru2. Engku dah agak mst ada sikit kekecohan masa nak bagi hadiah...sebabnye ramai budak sekarang yang tak kenal semua cikgu kat sekolah. Mereka hanya kenal cikgu yang ngajar deme je..Apapun...akhirnye semua cikgu dapat hadiah masing2....semua cikgu dapat bunga ros sekuntum,epal sebijik (sponsrd by pengetua>>) epal ni engku yg tlg beli..jadik engku pun beli lah yang beso n sdap...tnt lah mahal...he he he..bukan engku yg bayo...sekali sekala kan....dan jga hadiah dari MKT. cite bab hadiah ni...masa engku kecik dulu...tiap tahun mst bagi hadiah pada cikgu. tapi tak le semua. hanya pada cikgu yg engku suke je...dan hadiahnye pulak..sabun.
lepas acara pagi itu...kami dijamu dgn nasi tomato...sponsrd by org2 yang dapat rezeki lebih....(engku tak tau sape...) anyway...time kasih daun semalu...lain kali sponsor le selalu.
Then,guru2 ada acara sukaneka. cite bab sukaneka..engku bengkak hati gak dgn a few teachrs yang suke komen ni. Kalau dah tak nak join, dok diam dan tutup je mulut. tak yah komen. Buat hati org yang mengurus tercalar je..cube le fikir kenang sikit usaha2 org. Wpun bukan engku yg urus tapi hati rasa radang gak. Dalam ada yang tak puas hati tu...engku tabik dgn beberapa cikgu lama yang memg sporting dan juga barisan guru2 kanan yang walaupun sibuk tapi tetap meluangkan masa dan menghargai usaha budak2 yang anjurkan sukaneka ni. Engku tak dapat join sb sbuk urus hadiah dan beb hal lain yang tak selesai. Tapi engku sempat gak menjenguk kat dewan masa game berlangsung. Semua cikgu btl2 enjoy...masing2 dgn trick masing2 untuk menang. Ada yg mengelat...menipu...tapi sekadar suka2.
Kul 12 tghari, acara persembahan dewan lak bermula. Kat sini yang ada sikit kecacatan. engku pun tak tau sape yang uruskan acara ni. Tapi, patutnya acara anugerah untuk guru2 disaring semula . nampak gaye..bukan anugerah untuk guru tapi macam sesi nak kenakan dan malukan cikgu pulak. pihak yang mengurus...patut lebih peka,jgn serahkan bulat2 pada pelajar. Patutnye...cikgu diraikan penuh hormat, tapi..lain pulak jadinye..
harapan engku...tahun depan...jgn lagi ada anugerah2 yang memalukan cikgu ni...pada pihak penganjur, tgk2 sikit koje budak....memang kita nak didik pelajar uruskan majlis tapi apapun..mereka masih mentah...perlu dibimbing. Kita tak mau pelajar hilang hormat pada guru.. sebab masa engku sekolah dulu...guru ni diumpamakan seperti lilin..membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Zaman ni cikgu tak sempat nak 'bakar diri' tapi awal lagi dah 'dibakar' oleh ramai pihak. Kesian cikgu....

Saturday, April 11, 2009

Kisah Cikgu Zamani....

Sebut tentang cikgu zamani ni....engku ada kisah yang tak dapat dilupakan sampai sekarang. Dia ni Ketua warden kat sek engku dulu. Tiap kali nak outing emergency, mst kena ngadap dia. mcm2 soaln yg dia tny...tupun blm tnt lulus dpt kuar. Tgk mata dia yg merah tu pun, ketaq lutut dibuatnye. Memang layak jadi ketua warden. satu hari (rasanye ms frm 4 kot) engku memg terdesak sgt nak kuar. cari pny cari dia satu sek, x jmp. Last2 engku buat keputusan....tiru sign dia...!!! fuh...memg sebijik mcm sign dia. Tp sblm tenyeh ats kad outing tu...dkt ratus kali la tenyeh ats kertas lain. at last...sukses...Pak guard yg slu busy body pun x dpt trace. Sjk dari itu, bl nak outing 'luar musim' je, engku le org yg paling relax skali. Org lain dok sbuk pk reason. Kwn2 engku pun heran....Tp..at last tembelang engku pecah juga kat kwn2 kelas. Bukn ape...kesian tgk diaorg pucat2 jmp cg.zamani. Tp, mulut tempayan blh ditutup, mulut manusia mane blh. Crta engku teror tiru sign KETUA WARDEN ni smp lak kat kwn2 kelas lain. Sejk dari itu, dorm engku jd tumpuan. Tp...x semua permintn engku penuhi. Mana blh beb...lwn tokey lak nt. Heran lak dia...ngape populasi budak yg jmp dia berkurangan tp yg kuar berduyun . waktu 'luar musim' lak tu. dah le umah dia dkt ngan pondok guard. Nak dijadikan sejarah...satu hari engku nak emergncy outng dgn beb orang kwn.. Tp, nak buat cara halal. Pi lah jmp dia kat umah. malangnye..hajat x smp. Dia ni dok skali ngan adik ipar dia...lelaki, bujang. Hensem gak. Bl dia takde...kami turun dari rumh dia dgn perasn kecewa. Member lak kata..."Takkan kite nak balik hostel, dah pakai uniform outing ni. So...ape kate kau tenyeh je...". Stlh pk,timbang, at last...engku stju. Masa bincg2, nampak le adik ipar dia jalan menuju ke arah pondok guard. ntah ape urusan dia, kami tak ambl pot pun.Kat bwh kuarters umah dia, engku tenyeh kad outing kwn2...lagak pro je. Hmmmmm....sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah...mcm nangka busuk. Smp kat pondok guard, kami buat biase je...tp guard tu pandang lain mcm je. Dia tny bile dpt sign cg? kami jwb...kat sekolah tadi. Dia kate jgn nak tipu coz adik ipar dia baru je tny kat dia kot2 ada nampak cg. Zamani. Niatnye baik...nak tolong ktorang tp kitaorg dah 'one step ahead'. Berkali2 pak guard penyebuk tu tny, tp ktorg tetp dgn pendirian ktorg. At last dia kate...takpe...kuar le. Tp kalu korang menipu, balik nt kad korang dah takde. Dia nak bg kat cg. Zamani. Ktorg pun blah je tp dlm hati..Tuhan je tau. Sepanjg kat bandar, tak sedp hatii je.... Balik tu, turn je dari bas....masuk je pagar sekolah, guard tu dengan senyum sinis dari jauh lagi dah angkat tangan dan memusing2 tgnnye tanda kad kami dah takde. Fuh...apa lagi, berderau lah darah. dipendekkan cite...isnin tu...ngadap le kami 6 orang kat bilik dia. akhirnya kami dikenakan hukuman denda...3 bulan tak boleh kuar outing. Aduh..mcm 3 tahn. So bila org lain kuar outing, kami pun kirim je le....dan kebetulan dorm engku paling hujung.,tepi jalan. Tiap sabtu...tgk je le dari koridor org kuar outing. Sejk tu..engku tobat...tak buat dah...Apapun, engku discover yg engku memg ada kemahiran meniru sign orang. ada le 2-3 kali tiru sign mak masa kat u dulu sb x smpt balik kg. Jauh wei...penang ke PD. Sign hubby pun engku ada tiru gak...tp utk tujuan2 yg baik...he he..tu le kisahnye...

Friday, April 10, 2009

Zaman sekolah engku junior

Engku baru ada kesempatan create blog sendiri. Tu pun setelah diasak berkali-kali oleh bloggers lain. Tp, memg syok ada blog sendiri ni. Takde le dok baca kat blog orang je. Since last week, engku rasa teruja sgt...sebab dapt keep in touch smula dgn kwn-kwn lama yg dah 23 tahun lost contct. Minggu ni juga engku join facebook ex-sms muar 83-87. Dpt contct lagi ramai member lama.pergh....dasat-dasat keje deme. Ada Yg jadi doktor pakar sedut-sedut lemak, doktor biasa, IT analyst, pensyarah yg bergelar dr, bos syarikat sini dan sana. Terasa kerdil la pulak. Tp bila pikir2 balik, kalau takde profesion mcm profesion engku ni, takkan ada peguam, doktor, dan lain-lain tu. Ye tak? Bila engku tgk gmbr2 lama kat fb tu, teringat cikgu-cikgu engku kat sms muar dulu. Thnx alot cikgu Zaini (form teacher ms form 1 or 2 merangkap cg sains), cg Noraffendy (ajar maths)- cg yang paling engku suka sekali. Cg Malack(geografi) -cg yang pertama beli kereta proton saga masa mula2 m'sia kuarkan kete buatan sendiri- masa mula2 dia drive kete proton dia warna biru tu, semua kami dok bersidai kat koridor kelas...dalam hati berkata..."oh..ini le rupenye kete buatan malaysia", Miss Ng (eng), Cg. On (Sejarah)-nama mcm nasionalis negara kita,sesuai sgt la ajar sejarah. Cg Ali (Pj dan BM)-cikgu ni selalu gaduh dgn engku pasal perkataan 'karipap' dan 'epok-epok', cg Osman dan Norliya (Fizik), Cg.Fauziah(biologi merangkap warden), cg. Hasnan (Add Maths), Cg.Radiah (Geog form 4 n 5- dulu geog subject wajib wpun sc stream), Cg. Zamani (ketua warden). Sebut pasal cg zamani ni, engku ada kisah yang tak dapt engku lupe smp skrg. Nanti la engku cite. Engku ucapkan terima kasih byk2 kpd semua cg2 engku d sms muar. Tentu semua dah pencen dan berehat di rumah smbl bermain dengan cucu masing-masing.